Laporan dedah operasi gagal selamatkan tebusan Syria, termasuk James Foley

WASHINGTON (AFP): Seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat mendedahkan Encik Barack Obama telah menghantar askar Amerika ke Syria pada musim panas lalu untuk menyelamatkan beberapa rakyat negara itu yang ditahan oleh kumpulan militan, termasuk Encik James Foley, tetapi gagal menemui tebusan berkenaan.

Pegawai Amerika itu berkata, misi menyelamat itu dilancarkan selepas agensi perisikan percaya mereka sudah mengenal pasti lokasi di Syria di mana tebusan berkenaan ditahan.

"Namun beberapa operasi khas yang dilakukan oleh askar yang diterbangkan dengan pesawat dan memasuki Syria gagal menemui mereka.

"Malah, mereka terpaksa bertempur dengan militan Negara Islam sebelum dapat mendarat," katanya.

Pegawai Amerika berkata, dalam pertempuran itu, bagaimanapun, tiada askar Amerika terkorban, sebaliknya militan Islam mengalami kehilangan jiwa yang ramai.

Pegawai berkenaan tidak menyatakan secara spesifik bila dan di mana operasi berkenaan dilakukan sambil berkata ia perlu dirahsiakan demi melindungi maklumat untuk misi seterusnya.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.