Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan: Empat bayi meninggal di Palembang akibat jangkitan paru-paru

Oct 16, 2015 | 10:26 AM



EMPAT bayi meninggal dunia di Palembang, ibu kota Sumatera Selatan, sejak sembilan hari lalu selepas mengalami jangkitan paru-paru, lapor akhbar Kompas pada Khamis (15 Okt).


Mangsa terbaru ialah Darent Saputra Tambunan, yang berumur hanya 27 hari apabila dia meninggal dunia pada Selasa.


Bayi itu didiagnosis mengalami jangkitan paru-paru - diagnosis serupa tiga bayi lain - dan kesukaran bernafas.


Lebih 136,000 orang di Indonesia dilaporkan mengalami penyakit pernafasan selepas terdedah kepada jerebu akibat kebakaran hutan secara haram di Sumatera dan Kalimantan.


Terdapat juga laporan yang tidak disahkan mengenai kematian lain yang ada kaitan dengan jerebu, termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun, sejak krisis jerebu bermula pada Ogos.


Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) di Palembang memuncak pada paras 530 pada Khamis, lebih tinggi daripada paras berbahaya 350, sebelum turun ke paras 212 pada 6 petang Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >