Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan risik: Al-Qaeda tidak 'bertapak semula' di Afghanistan

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Beberapa agensi perisik Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan penilaian mereka bahawa Al-Qaeda sudah tidak membentuk semula kehadirannya di Afghanistan setelah pengunduran Amerika dari negara itu pada Ogos tahun lalu dan hanya beberapa orang anggota lama mereka sahaja yang masih berada di sana.



Kumpulan pengganas itu tidak lagi berupaya melancarkan serangan-serangan dari Afghanistan terhadap Amerika Syarikat, menurut penilaian itu.



Sebaliknya, menurut mereka, Al-Qaeda akan bergantung, buat masa ini, kepada beberapa sekutunya di luar rantau itu untuk melancarkan tindakan terhadap Barat.



Tetapi beberapa penganalisis anti pengganasan berkata kesimpulan agensi-agensi perisik itu memberikan gambaran optimis terhadap landskap pengganasan yang rumit dan cepat berkembang itu.



Penilaian tersebut, berupa ringkasan yang sudah tidak lagi dirahsiakan, telah disampaikan kepada akhbar The New York Times, dan merupakan pandangan bersama beberapa agensi perisik Amerika Syarikat.



"Penilaian itu boleh dikatakan tepat, dan boleh juga dilihat sebagai suatu gambaran yang positif berkaitan ancaman yang masih perlu diberikan perhatian," kata Encik Edmund Fitton-Brown, bekas pegawai kanan anti pengganasan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).



Penilaian tersebut disiapkan selepas Ayman al-Zawahri, seorang pemimpin kanan Al-Qaeda dibunuh oleh Agensi Perisik Pusat (CIA) dalam satu serangan dron yang dilancarkan di Kabul, Afghanistan bulan lalu.



Kematian al-Zawahri, salah seorang pengganas yang paling dikehendaki di dunia, yang diburu bertahun-tahun, merupakan satu kemenangan besar kepada Presiden Joe Biden, tetapi segera menimbulkan pertanyaan tentang keberadaan al-Zawahri di Afghanistan setahun selepas Encik Biden mengundurkan tentera Amerika Syarikat, yang memberi laluan kepada Taliban menguasai semula negara itu.



Anggota Kongres dari parti Republikan mengatakan pengunduran itu membahayakan Amerika Syarikat.



Hakikatnya, pemimpin al-Qaeda itu berasa selamat untuk kembali ke ibu kota Afghanistan itu, sangkal mereka, menandakan kegagalan dasar yang mereka jangkakan membolehkan kumpulan pengganas membangun semula markas latihan dan merancang serangan sekalipun Taliban berikrar untuk menghalang mereka menjadikan negara itu sebagai tempat persembunyian yang selamat.



Pada Oktober lalu, seorang pegawai kanan jabatan pertahanan Amerika, Pentagon berkata bahawa Al-Qaeda boleh bersatu semula di Afghanistan dan menyerang Amerika Syarikat dalam masa satu atau dua tahun.



Satu laporan PBB baru-baru ini telah menyuarakan amaran bahawa Al-Qaeda telah merasakan bebas untuk bertindak di Afghanistan sejak Taliban mengambil alih kuasa.



Laporan itu menarik perhatian bahawa para pemimpin Al-Qaeda mungkin sudah berada di Kabul, dan al-Zawahri membayangkan yang dia berupaya memimpin dengan lebih berkesan setelah Taliban berkuasa.



"Ini mungkin suatu penilaian yang keterlaluan," kata Encik Colin P. Clarke, seorang penganalisis anti pengganasan dari Kumpulan Soufan, sebuah firma perundingan keselamatan yang berpangkalan di New York.



Katanya lagi, kesimpulan penilaian itu "tidak banyak menyebut tentang kemungkinan yang boleh dilakukan Al-Qaeda pada masa hadapan."



Penilaian itu juga dilihat sebagai cuba "mengalihkan perhatian daripada akibat buruk yang berlaku tahun lalu ekoran pengunduran simbolik dari Afghanistan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >