Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Larangan guna pembesar suara untuk tadarus

Jul 01, 2014 | 03:07 PM



JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) di beberapa daerah di Madura, Jawa Timur melarang semua masjid dan surau daripada menggunakan pembesar suara dalam melaksanakan kegiatan tadarus selama Ramadan.


Larangan itu berkuatkuasa antara pukul 10 malam sehingga pukul 3 pagi.


Ketua MUI Pamekasan, Encik Ali Rahbini Abdul Latif menjelaskan larangan itu semata-mata agar tidak mengganggu masyarakat yang sedang berehat setelah melakukan solat tarawih dan ibadat lainnya.


"Tadarus boleh sampai jam berapa pun, tetapi jangan mengganggu orang lain. Oleh sebab itu, dilarang membunyikan pembesar suara atas," kata Encik Ali Rahbini seperti dipetik oleh Kompas baru-baru ini.


Encik Ali Rahbini menambah kalaupun mahu menggunakan pembesar suara, cukup di dalam masjid saja dan tidak keluar sampai ke kawasan sekitar supaya tidak mengganggu orang lain.


Larangan itu bagaimanapun hanya bersifat nasihat. Sekiranya ada pelanggaran, MUI menyerahkan kepada pihak pengurusan masjid dan surau berkenaan untuk sebarang tindakan. - KOMPAS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >