IPOH (Perak): MALAYSIA semalam mengumumkan perintah larangan merokok di kawasan berbumbung dan tertutup di sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya.
Perintah larangan merokok itu akan diwartakan mulai akhir tahun ini.
Pewartaan juga membabitkan kawasan lingkungan 300 meter dan R&R kecuali kawasan meletak lori dan kenderaan berat.
Kawasan berbumbung membabitkan kawasan makan, tandas, gerai jualan, riadah serta laluan pejalan kaki berbumbung di semua lebuh raya. - BHM