Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 116,000 orang dikenakan sekatan perjalanan dek gagal bayar cukai

Jun 23, 2016 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Seramai 116,836 pembayar cukai di Malaysia dikenakan sekatan perjalanan atas kegagalan menjelaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM2.554 bilion ($0.85 bilion), sehingga bulan lalu.



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata seramai 9,665 orang pembayar cukai lagi dikenakan sekatan perjalanan kerana gagal menjelaskan tunggakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) berjumlah hampir RM150 juta, lapor Berita Harian Online semalam.



"Sekatan perjalanan ke luar negara boleh dikenakan kepada pembayar cukai yang mempunyai tunggakan Cukai Pendapatan atau CKHT dan gagal dijelaskan walaupun sudah diberikan banyak peringatan oleh LHDNM.



"Justeru, LHDN menasihatkan pembayar cukai supaya membuat semakan status perjalanan dengan Jabatan Imigresen sebelum ke luar negara," katanya.



Pada 11 Jun lalu, penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, dihalang di pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika berlepas ke Brisbane, Australia untuk menyertai siri perlawanan persahabatan di Kepulauan Oceania.



Khairul Fahmi terpaksa ditinggalkan bagi menyelesaikan urusan tunggakan cukai pendapatan dan tidak diturunkan untuk menentang Papua New Guinea.



Jabatan Imigresen Malaysia berkata ia hanya menurut arahan LHDNM dan mahkamah menyekat individu daripada ke luar negara.



Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd, berkata penjaga gol Kelantan itu berjanji menyelesaikan masalah tersebut supaya beliau dapat menyertai pasukan kebangsaan bagi baki perlawanan dalam siri Jelajah Oceania.



LHDN memaklumkan, pihaknya maklum ramai pembayar cukai sudah membuat perancangan untuk bercuti pada musim perayaan ini.



"Jadi, bagi mengelakkan kerugian tiket penerbangan dan kos perjalanan, adalah lebih baik mereka membuat semakan status sekatan perjalanan mereka terlebih dahulu dan menjelaskan tunggakan cukai.



"LHDN tidak akan menanggung sebarang kerugian yang dialami oleh pembayar cukai," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >