Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 120 maut dalam pengeboman bunuh diri di Baghdad

Jul 04, 2016 | 12:13 PM



BAGHDAD: Satu pengeboman bunuh diri, yang didakwa kumpulan penggganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dilakukannya, di sebuah kawasan beli-belah sibuk di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 125 orang pada Ahad (3 Jul).



Ia serangan tunggal paling dahsyat tahun ini di ibu kota Iraq itu.



Letupan tersebut berlaku di daerah Karrada pada awal pagi semasa kawasan itu penuh sesak dengan pembeli menjelang cuti Aidilfitri minggu ini.



Ia dilakukan seminggu selepas pasukan keselamatan Iraq berjaya menawan semula daerah Fallujah daripada ISIS, sekali gus menandakan hanya bandar Mosul masih di bawah kawalan kumpulan militan itu.



Pengeboman tersebut turut mencederakan kira-kira 200 orang, kata pegawai keselamatan dan perubatan



Perdana Menteri Iraq, Encik Haider al-Abadi, melawat tapak serangan itu dan berikrar "hukuman" akan dikenakan ke atas pelakunya, kata pejabat beliau.



ISIS mengeluarkan satu kenyataan mendakwa bertanggungjawab bagi pengeboman bunuh diri itu, dan berkata ia dilakukan oleh seorang warga Iraq sebagai sebahagian daripada "operasi keselamatan berterusan" kumpulan itu.



ISIS berkata pengeboman tersebut disasarkan pada anggota kaum majoriti Syiah Iraq.



Satu lagi letupan di kawasan Shaab di utara Baghdad membunuh lima orang pada Ahad, lapor BBC. Tetapi punca letupan itu dipertikai.



Pengeboman di Baghdad berkurangan sejak ISIS menakluki kawasan di utara dan barat Baghdad pada Jun 2014, dengan militan nampaknya sibuk dengan operasi di tempat lain.



Tetapi kumpulan itu telah menyerang lagi, dengan menyasarkan orang awam Iraq selepas mengalami kekalahan.



Tentera Iraq berjaya menawan semula Fallujah, bandar 50km ke barat Baghdad, sepenuhnya daripada kumpulan militan seminggu lalu.



Pejuang antipemerintah merampas Fallujah pada awal 2014 dan kemudian ia menjadi antara kubu kuat utama ISIS di negara ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >