Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 13,000 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam serangan Israel: Unicef

Ramai kekurangan zat makanan teruk,
malah ‘tidak ada tenaga untuk menangis’
Mar 18, 2024 | 03:24 PM



WASHINGTON: Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata pada 17 Mac bahawa lebih 13,000 kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan Israel di Gaza setakat ini.


Ia menambah bahawa ramai lagi kanak-kanak di situ mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan malah “tidak ada tenaga untuk menangis”.

“Beribu-ribu lagi cedera, atau kami tidak dapat menentukan di mana mereka berada. Mereka mungkin terperangkap di bawah runtuhan...

“Kami tidak melihat kadar kematian itu dalam kalangan kanak-kanak dalam hampir sebarang konflik lain di dunia,” kata pengarah eksekutif Unicef, Cik Catherine Russell, dalam program Face the Nation CBS News pada 17 Mac.


“Saya pernah berada di wad kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan anemia yang teruk, seluruh wad benar-benar sunyi. Ini kerana kanak-kanak, bayi itu... tidak ada tenaga untuk menangis.”

Cik Russell berkata terdapat “cabaran birokrasi yang sangat besar” dalam memindahkan trak ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Kritikan antarabangsa telah meningkat ke atas Israel kerana jumlah kematian perang itu, krisis kebuluran di Gaza, dan dakwaan ia menyekat penghantaran bantuan ke kawasan tersebut.

Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada awal Mac bahawa Israel memusnahkan sistem makanan Gaza sebagai sebahagian daripada “kempen kebuluran” yang lebih luas.

Israel menafikan tuduhan tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan tentera Israel ke atas Gaza, yang ditadbir Hamas, telah menyebabkan hampir keseluruhan 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup berpindah-randah untuk mencari perlindungan, memusnahkan sebahagian besar wilayah Palestin itu.

Israel juga telah mengepung Gaza dan memutuskan bekalan makanan, air, elektrik, gas dan ubatan-ubatan sehingga menyebabkan penduduk Palestin menghadapi masalah kebuluran dan kekurangan perkhidmatan perubatan.

Tindakan Israel itu membawa kepada tuduhan pembunuhan beramai-ramai ke atasnya disiasat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Israel menafikan tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan berkata ia bertindak untuk mempertahankan diri, selepas serangan 7 Oktober ke atas selatan Israel oleh kumpulan militan Hamas membunuh lebih 1,400 orang dan menjadikan 240 orang sebagai tebusan.

Seorang dalam tiga kanak-kanak bawah umur dua tahun di utara Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan teruk, dan kebuluran semakin melanda, kata agensi utama PBB yang beroperasi di kawasan Palestin pada 16 Mac.

PBB sebelum ini memberi amaran bahawa senario kekurangan makanan dan zat membimbangkan serta penyakit berjangkit umpama bom jangka melibatkan kematian kanak-kanak di Gaza.

Timbalan Ketua Tindakan Kemanusiaan Unicef, Encik Ted Chaiban, berkata sepanjang 20 minggu perang Israel-Palestin di Gaza, bekalan makanan sangat terhad menyebabkan hampir semua kanak-kanak kecil dilanda penyakit berjangkit.

“Jaluran Gaza bersedia untuk menyaksikan bom jangka dalam kematian kanak-kanak yang sepatutnya boleh dicegah, namun ia dilihat menambahkan lagi senarai jumlah sedia ada,” katanya.

“Penilaian PBB menunjukkan lebih 15 peratus kanak-kanak, atau seorang dalam enam, berusia bawah dua tahun di utara Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk manakala 3 peratus mengalami insiden mengancam nyawa,’’ tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >