KUALA LUMPUR: Wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berjumlah ratusan dolar lebih banyak daripada yang dikenal pasti sebelum ini oleh siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar Wall Street Journal pada Isnin (29 Feb).
Menukil tanpa menyiarkan nama dua orang yang tahu mengenai wang yang masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib dan seorang yang tahu mengenai siasatan di luar negara, laporan itu lebih AS$1 bilion ($1.4 bilion) dimasukkan dari 2011 hingga 2013, jauh lebih banyak daripada AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini.