Lebih 20 dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di India

PANAJI (India): Para pekerja penyelamat sedang mengejar masa untuk menyelamatkan sehingga 20 orang yang dipercayai masih terperangkap di bawah puing bangunan lima tingkat yang runtuh, semalam.

Runtuhan bangunan yang masih dalam proses pembinaan di bandar Canocan, negeri selatan India, Goa, itu telah menyebabkan 13 orang terkoban sejauh ini.

Seorang pegawai kanan berkata antara 15 dengan 20 orang dipercayai masih terperangkap tetapi peluang mereka hidup semakin tipis.

"Sekitar 40 orang sedang bekerja apabila bangunan itu runtuh. Kami telah berjaya mengeluarkan 25 orang yang hidup atau mati. Jadi kami percaya terdapat sehingga lagi 20 orang terperangkap di dalam," kata beliau yang enggan dikenal pasti.

Kejadian semalam merupakan runtuhan bangunan terbaru di India yang dibelenggu oleh piawaian pembinaan yang lemah. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.