Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 54,000 rakyat M'sia lepas kerakyatan

Jumlah dicatatkan dalam tempoh enam tahun
Mar 14, 2016 | 12:04 PM



KUALA LUMPUR: Seramai 54,406 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh enam tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Mereka telah memilih untuk tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan telah memperolehi kewarganegaraan negara lain," jelas Datuk Seri Zahid yang juga merupakan menteri dalam negeri.



Beliau menjawab soalah Encik Mohamed Maidin (PAS-Sepang) yang bertanya mengenai jumlah rakyat Malaysia yang melepaskan kerakyatan mereka dari 2010-2016, dan sebab-sebab mereka berbuat demikian.



Menurut jawapan bertulis Parlimen itu, 10,664 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka pada tahun 2010 dan ia meningkat kepada 11,080 pada tahun berikutnya.



Jumlah tersebut berkurangan kepada masing-masing 8,983 dan 6,678 pada tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula 7,843 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka.



Tahun lepas, ia meningkat kepada 8,076 orang. Bagi bulan pertama tahun 2016 pula, sejumlah 1,102 Malaysia melepas kewarganegaraan mereka. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >