Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 60 maut dalam pergolakan di Ukraine

Feb 22, 2014 | 01:46 PM



KIEV: Lebih 60 pembantah ditembak mati awal hari ini, dalam pertempuran paling teruk antara para pembantah antipemerintah Ukraine dengan pihak berkuasa, kata para pegawai perubatan pihak pembangkang.


Ini sedang kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh antara satu sama lain berhubung dengan siapa yang melakukan serangan penembak hendap, manakala para menteri Kesatuan Eropah (EU) berusaha gigih menamatkan krisis itu.


Kematian itu berlaku sedang EU bersetuju untuk mengenakan sekatan ke atas Ukraine.


Amerika Syarikat turut mengancam untuk berbuat sama.


Presiden Ukraine yang dilanda masalah, Encik Viktor Yanukovych, semalam kelihatan bersedia untuk bertolak ansur terhadap tuntutan utama para pembantah dengan mengusulkan kepada para pegawai EU bahawa beliau mungkin bersedia mengadakan pilihan raya lebih awal.


Sementara itu, Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, telah menghubungi kedua-dua presiden Amerika dan Russia, Encik Barack Obama dan Encik Vladimir Putin, yang saling mempertikaikan secara terbuka tentang kecondongan masa depan bekas negara Soviet itu antara Russia dengan pihak Barat.


Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa agar dihentikan pertumpahan darah yang semakin meningkat sejak Selasa lalu.


Para pegawai perubatan pembangkang berkata lebih 60 pembantah telah ditembak mati oleh polis dalam masa sehari, awal hari ini.


Pihak berkuasa Kiev pula berkata 75 orang maut sejak keganasan tercetus sepanjang tiga hari lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >