Lebih 800 militan Al-Qaeda terbunuh dalam operasi di Yemen

RIYADH (Arab Saudi): Lebih 800 anggota militan Al-Qaeda dilaporkan terbunuh dalam satu operasi ketenteraan diketuai Arab Saudi di selatan Yemen.

Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA, beberapa pemimpin militan tersebut dipercayai terbunuh dalam operasi berkenaan manakala sejumlah anggota kumpulan turut melarikan diri.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan lokasi sebenar dan tarikh operasi itu dilakukan.

Angkatan tentera propemerintah telah menawan semula loji minyak serta bandar Mukalla, yang merupakan kubu kuat pemberontak pendukung jihad, kata sumber tentera.

""Operasi ini menghasilkan... kematian lebih 800 anggota Al-Qaeda dan beberapa pemimpin mereka sementara ada pula melarikan diri," menurut ketua pemerintah tentera bersekutu Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan SPA.

Jumlah kematian tidak boleh disahkan dan tiada jumlah mangsa awam direkodkan.

Operasi ini merupakan satu serangan ofensif meluas yang bertujuan merampas semula bahagian yang ditawan golongan militan sebelum ini, yang telah mengeksploit satu perang 13 bulan antara pasukan tentera yang taat dan mendapat sokongan Arab Saudi dan para pemberontak yang disokong Iran.

Ia bertembung dengan rundingan damai yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuwait selepas gencatan senjata dikuatkuasakan pada 11 April lalu, tetapi beberapa golongan militan yang mendukung jihad telah dikecualikan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.