Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih ramai lelaki bunuh diri di M'sia

Dec 23, 2015 | 02:46 PM



KUALA LUMPUR: Lebih separuh atau 65 peratus daripada jumlah kes bunuh diri atau cubaan bunuh diri di kalangan penduduk tempatan atau warganegara asing di Malaysia melibatkan golongan lelaki, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Encik Masir Anak Kujat berkata, sehingga Oktober lalu, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita.


"Ia merangkumi 34 orang dari bangsa Melayu, 42 kaum India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.


Beliau menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai pangkalan data cubaan bunuh diri mengikut kaum, jantina dan umur serta apakah tindakan susulan dalam membantu mereka ini agar tidak mengulangi perbuatan cuba bunuh diri seterusnya kembali ke jalan yang benar.


Encik Masir berkata, sebanyak 178 kes kejadian bunuh diri atau cubaan untuk membunuh diri dicatatkan pada 2013 manakala 191 kes pada 2014.


Jelasnya, kejadian bunuh diri yang berlaku di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan dan masalah keluarga.


Bagi mengatasi kes bunuh diri, Encik Masir berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog telah memberikan langkah-langkah kesedaran seperti bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi bagi individu yang memerlukannya.


"PDRM juga telah meminta ahli keluarga yang rapat untuk sentiasa memperhatikan tingkah laku ahli keluarga mereka bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.


"Pihak keluarga dinasihatkan jika terdapat perubahan atas tingkah laku seperti diam diri dan gelisah untuk segera mendapatkan khidmat kaunseling dan psikoterapi yang bertauliah di hospital ataupun di sekolah," katanya. - Sinar Harian Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >