Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih sejuta warga Sudan larikan diri dek konflik kian runcing: PBB

Aug 16, 2023 | 02:15 PM



KHARTOUM: Lebih sejuta orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara jiran sementara penduduk negara itu semakin kehabisan makanan dan ramai yang mati akibat kekurangan penjagaan kesihatan selepas empat bulan konflik melanda, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.


Pertempuran antara tentera Sudan dengan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera telah memusnahkan ibu kota Khartoum dan mencetuskan serangan berdasarkan etnik di Darfur.

Konflik tersebut dibimbangi boleh menjerumuskan Sudan ke dalam perang saudara yang berlarutan dan menjejas kestabilan rantau itu.

“Masa semakin suntuk buat petani menanam tanaman untuk mengisi perut. Bekalan perubatan adalah terhad. Keadaan semakin tidak terkawal,” kata agensi PBB dalam satu kenyataan bersama.

“Perang ini akan berakhir di meja rundingan,” kata timbalan ketua Majlis Berdaulat, Encik Malik Agar, dalam satu kenyataan yang berpotensi melembutkan pendirian tentera melihatkan derita yang mencengkam rakyat jelata.

Peperangan itu telah menyebabkan 1,017,449 orang menyeberang dari Sudan ke negara jiran kerana kesan konflik atau krisis ekonomi yang menimpa.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal di Sudan pula dianggar berjumlah 3,433,025 orang.

Pertempuran meletus pada 15 April berikutan ketegangan yang dikaitkan dengan rancangan peralihan kuasa kepada pemerintahan awam.

Berjuta-juta penduduk yang masih kekal di Khartoum serta bandar-bandar di wilayah Darfur dan Kordofan berdepan dengan masalah rompakan menjadi-jadi, terputus bekalan kuasa, komunikasi dan pemotongan air.

“Mayat mereka yang terbunuh belum dikumpulkan, dikenal pasti atau dikebumikan,” tetapi PBB menganggarkan lebih 4,000 orang telah terbunuh, kata Cik Elizabeth Throssell, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, dalam satu taklimat di Geneva.

Laporan mengenai serangan seksual telah meningkat sebanyak 50 peratus, kata pegawai dana penduduk PBB, Cik Laila Baker.

Encik Malik berkata keadaan kucar-kacir sekarang memerlukan pembentukan kerajaan sementara untuk memulihkan perkhidmatan dan pembangunan semula.

Dalam ucapan pada Isnin, ketua angkatan tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, menuduh RSF bertujuan “membawa Sudan kembali ke era sebelum negara moden” dan “melakukan setiap jenayah yang boleh dibayangkan”.

RSF pula menuduh tentera cuba merampas kuasa penuh di bawah arahan penyokong setia Encik Omar al-Bashir, pemimpin autokratik yang digulingkan semasa kebangkitan rakyat pada 2019.

Usaha yang diketuai Arab Saudi dan Amerika Syarikat untuk merundingkan gencatan senjata telah terhenti. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >