Lelaki Australia didapati bersalah rekrut pejuang bagi ISIS

SYDNEY: Sebuah mahkamah Australia mendapati pada Selasa (12 Julai) seorang lelaki Sydney, Hamdi Al Qudsi, bersalah merekrut enam lelaki muda untuk pergi ke luar negara dan berjuang bersama kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan al-Qaeda di Syria.

Al Qudsi, 42 tahun, didapati bersalah, dalam keputusan sebulat suara Mahkamah Agung New South Wales, membantu orang-orang berjuang dengan kumpulan pelampau tersebut pada 2013, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Pendakwa raya mendakwa Al Qudsi mengaturkan bagi orang-orang itu pergi ke Syria untuk berjuang bersama kumpulan yang disenaraikan kerajaan Australia sebagai pertubuhan pengganas.

Di bawah undang-undang keselamatan ketat baru yang diluluskan pada 2014, warga Australia menghadapi hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan pergi ke luar negara ke kawasan yang diisytiharkan dilarang, termasuk wilayah Raqqa di Syria, hab strategik utama militan ISIS.

Dua daripada lelaki yang direkrut Al Qudsi - Tyler Casey dan Caner Temel - terbunuh di Syria, lapor ABC.

Dua lagi, Muhammed Abdul-Karim Musleh dan Mehmet Biber, telah lama pulang, katanya.

Kira-kira 100 orang telah meninggalkan Australia untuk ke Syria bagi berjuang bersama pertubuhan seperti ISIS, kata Menteri Imigresen Australia awal tahun ini. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.