Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki berpenyakit mental cederakan 7 orang di stesen kereta api Jerman

Mar 10, 2017 | 08:00 AM



DUESSELDORF: Seorang lelaki berpenyakit   mental mencederakan tujuh orang, dengan menggunakan kapak,  di stesen kereta api utama di bandar  Dusseldorf pada lewat   Khamis (9 Mac), kata polis Jerman.



Sebelum ini, polis  berkata beberapa penyerang terlibat dan   dua orang ditahan, tetapi mereka kemudian berkata hanya seorang suspek terbabit, iaitu  seorang lelaki berusia 36 tahun dari negara bekas Yugoslavia.



“Seorang penyerang yang mungkin bersenjatakan kapak menyerang  orang secara rawak”  pada kira-kira 8.50 malam  waktu tempatan (3.50 pagi Jumaat, waktu Singapura), kata polis  dalam satu kenyataan.



Polis pada mulanya menyatakan  lima orang cedera, tetapi memberi bilangan terkini sebagai  tujuh dalam satu kenyataan kemudiannya.



Ketika cuba melarikan diri, lelaki itu melompat dari jambatan dan terjatuh, mengalami kecederaan serius,    kata kenyataan itu.

 Dia kini  dalam keadaan tidak boleh  disoal siasat, lapor agensi berita Jerman, DPA. – AFP 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >