Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki bersenjata serbu penjara di selatan Filipina, bebaskan 158 banduan

Jan 04, 2017 | 12:10 PM



MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata yang ada kaitan dengan pemberontak Islam menyerbu sebuah penjara di selatan Filipina pada awal pagi Rabu (4 Jan), membunuh seorang pengawal dan membebaskan lebih 150 banduan, kata polis.



Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah pengawal di Penjara Daerah Cotabato Utara di bandar Kidapawan sekitar 1 pagi (1 pagi Singapura), ujar warden penjara Peter Bongat kepada sebuah stesen radio tempatan.



Seramai 158 daripada 1,511 banduan penjara itu dapat melarikan diri dan empat telah berjaya ditawan semula, katanya.



"Ia dirancang dengan rapi. Banduan yang melarikan diri menggunakan selimut untuk lolos... Kami sedang menjalankan operasi pemburuan besar," kata Encik Bongat.



Ketua kumpulan itu daripada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berdasarkan maklumat awal, katanya.



Pada 2014, pemerintah Filipina menandatangani perjanjian damai dengan MILF, kumpulan pemberontak Islam terbesar di negara itu, tetapi pertempuran masih berlaku dengan kumpulan-kumpulan lebih kecil. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >