Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dalam kes liwat Anwar kini usahawan fesyen

Dec 01, 2016 | 11:23 AM



KUALA LUMPUR: Lelaki yang diliwat ketua pembangkang Anwar Ibrahim kembali menarik perhatian, kali ini sebagai usahawan yang mengendalikan salah satu daripada banyak gerai di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena perhimpunan agung Umno.



"Sudah lapan tahun berlalu sejak saya membuat laporan polis (terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya gembira dapat meneruskan hidup," kata Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31 tahun.



Beliau, yang pernah menjadi pembantu Datuk Seri Anwar, membuat laporan polis menuduh bosnya itu meliwatnya di sebuah kondominium di bandar pinggir barat Kuala Lumpur pada Jun 2008.



Datuk Seri Anwar, 69 tahun, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya.



Encik Saiful dan isterinya, Cik Nik Suryani Megat Deraman, menjadi rakan kongsi Nang Surya, perniagaan pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket berpangkalan di Terengganu.



Ia mempunyai sebuah kedai di negeri itu dan kedai dalam talian yang memenuhi tempahan dari dalam dan luar Malaysia.



"Mendirikan sebuah gerai di sini (perhimpunan agung Umno) satu keputusan saat akhir," kata Encik Saiful.



"Ada orang menarik diri, jadi kami hanya ada lima hari untuk mengumpul produk kami dari Terengganu."



Cik Nik Suryani, 36 tahun dan bekas pembaca berita TV3, berkata batik tradisional dan songket itu diperkenal kepada Nang Surya awal tahun ini.



"Saya bermula dengan beg tangan dan blazer," katanya.



"Sebagai pembaca berita, saya suka memakai blazer. Saya juga mahu mereka corak blazer dengan cetakan kenyataan."



Cik Nik Suryani berkata beliau meninggalkan industri media selepas 15 tahun untuk melakukan "sesuatu baru".



"Saya sentiasa suka beg tangan dan fesyen, dan suami saya menggalak saya meneruskannya sebagai perniagaan," katanya.



Selain perniagaan fesyen, pasangan suami isteri itu mempunyai firma perundingan politik dan media.



Mereka juga ibu bapa seorang anak lelaki berusia dua tahun dan sedang menanti kelahiran anak kedua Mac tahun depan. - The Star/Asia News Netework




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >