Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki didakwa lakukan keganasan untuk cuba bunuh Donald Trump

Jun 21, 2016 | 11:04 AM



LOS ANGELES: Seorang lelaki yang ditangkap hujung minggu lalu kerana cuba mengambil pistol seorang pegawai polis di sebuah perhimpunan calon presiden andaian parti Republikan, Encik Donald Trump, memberitahu penyiasat dia mahu membunuh beliau, menurut dokumen mahkamah pada Isnin (20 Jun).



Michael Steven Sandford, yang menurut pendakwa seorang warga Britain berusia 19 tahun, ditahan pada Sabtu (18 Jun) di Hotel Treasure Island di Las Vegas selepas cuba mengambil senjata pegawai tersebut, menurut polis Las Vegas.



Menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Isnin di Mahkamah Persekutuan di Nevada, Sandford memberitahu ejen Perkhidmatan Rahsia dia memandu ke Las Vegas dari California dengan matlamat menembak Encik Trump.



"Sandford mendakwa dia cuba membunuh Trump selama setahun tetapi memutuskan bertindak sekarang kerana dia akhirnya berasa yakin untuk mencuba," kata kertas mahkamah.



Dia didakwa melakukan tindakan keganasan di sebuah tempat larangan, kata jurucakap Pejabat Peguam Amerika, Cik Natalie Collins, dalam satu e-mel.



Sandford tidak membuat sembarang pengakuan dan dijadual berada di mahkamah untuk pendengaran awal pada 5 Julai, katanya.



Dia menghadapi hukuman penjara lebih 10 tahun dan denda AS$ 250,000 ($335,900) jika didapati bersalah atas tuduhan "tindakan keganasan di tempat larangan".



Sandford berkata dia berada di Amerika selama setahun setengah, menurut dokumen, yang juga menyatakan dia tinggal di Hoboken, New Jersey, selepas tiba di negara itu.



Rekod mahkamah berkata Sandford pergi ke padang tembak Battlefield Vegas Jumaat lalu untuk berlatih menembak, sambil menambah dia tidak pernah melepaskan tembakan sebelum ini.



Semasa di sana, dia melepaskan 20 pusingan dari pistol Glock 9 mm, menurut rekod.



Sandford memberitahu penyiasat jika dia "bebas esok", dia akan cuba sekali lagi.



Seorang pegawai kempen Encik Trump enggan mengulas mengenai penangkapan Sandford. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >