Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dipercayai bersenjata ambil dua wanita sebagai tebusan di pejabat pos di Saitama, Jepun

Oct 31, 2023 | 08:18 PM



SAITAMA: Seorang lelaki yang dipercayai bersenjata telah menjadikan dua kakitangan wanita sebagai tebusan di dalam pejabat pos di Jepun, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Media tempatan melaporkan bahawa dua orang cedera dalam kejadian tembakan di hospital berdekatan.

Imej di televisyen menunjukkan suspek di pejabat pos itu, dilaporkan mungkin berusia 80-an tahun, di dalam bangunan dengan mengenakan topi besbol dan kemeja putih di bawah kot warna gelap.

Apa yang kelihatan seperti pistol pula dipasang pada tali di lehernya.

“Kira-kira jam 2.15 petang hari ini (Selasa), seseorang telah mengambil tebusan dan bersembunyi di pejabat pos di kawasan Chuo 5-chome di Warabi City. Pelakunya memiliki apa yang kelihatan seperti pistol,” kata pihak berkuasa Warabi City di laman web mereka.

Polis menggesa 300 penduduk di kawasan berhampiran supaya berpindah dan mengelak bangunan pejabat pos tiga tingkat itu dan kawasan sekitarnya.

Media tempatan NTV melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang wanita berusia 20-an tahun dan seorang lagi wanita berusia 30-an tahun berada di dalam pejabat pos, memetik sumber polis.

Seorang wanita dalam lingkungan 20-an tahun kemudian keluar dari bangunan itu dan diletakkan di bawah jagaan polis, kata penyiar nasional NHK.

Polis sedang bercakap dengan lelaki itu melalui telefon, lapor NTV.

Unit polis khas yang dilatih dalam rundingan dan pengurusan krisis telah dihantar ke Pejabat Pos Warabi sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kereta polis dengan lampu berkelip terletak di sekitar bangunan besar tiga tingkat itu menjelang waktu malam.

Jalan-jalan di sekelilingnya lengang.

Lelaki itu dipercayai menembak pistol ke dalam bangunan Hospital Besar Pusat Toda dari luar, sebelum melarikan diri dengan motosikal, menurut polis tempatan.

Sekurang-kurangnya dua orang, seorang doktor berusia 40-an tahun dan seorang pesakit lelaki berusia 60-an tahun, telah cedera, menurut Jiji News Jepun. Tidak jelas sama ada mereka ditembak, tetapi kecederaan mereka tidak mengancam nyawa.

Lelaki itu dikatakan oleh saksi mempunyai ketinggian sekitar 1.6 meter dan memakai pakaian hitam, lapor penyiar Jepun NHK. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >