SEORANG lelaki berusia 42 tahun ditangkap di lapangan terbang Sri Lanka kelmarin atas dakwaan cuba menyeludup jongkong emas yang disembunyikan dalam duburnya.
Pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike mendapati lelaki itu berjalan dengan cara yang mencurigakan dan mereka membuat pemeriksaan ke atasnya, lapor BBC.