Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki ditangkap kerana didakwa tunjuk isyarat lucah pada sultan Johor

Dec 22, 2015 | 02:20 PM



JOHOR BARU: Seorang lelaki ditangkap kerana dilaporkan menunjukkan isyarat tangan mengancam dan lucah kepada konvoi Sultan Johor, dalam apa yang mungkin merupakan kes pertama seumpama itu di negeri ini.


Suspek berusia 40 tahun itu, yang belum dikenal pasti media, berada di dalam keretanya apabila Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan konvoinya melalui melewatinya di Lebuh Raya Utara-Selatan pada pagi Ahad (20 Dis), lapor The Rakyat Post dalm laman web beritanya.


Beliau dalam perjalanan pulang ke Johor Baru selepas melawat bandar diraja Muar.


Suspek didakwa menurunkan tingkap dan menunjukkan penumbuk dan juga tanda lucah terhadap konvoi diraja, yang menarik perhatian Sultan Ibrahim.


Lelaki itu dengan segera ditangkap polis selepas Sultan Ibrahim mengarahkan tindakan diambil terhadapnya, yang kemudian mendakwa dia tidak tahu Sultan Ibrahim berada di dalam kereta pada masa itu.


Suspek di bawah tahanan polis dan akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan kata-kata atau isyarat bertujuan mencabul kehormatan seseorang, kata Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pada Isnin.


Sementara itu, polis sedang menyiasat dua lelaki di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Kesultanan Johor dan keluarga diraja, lapor agensi berita Bernama.


Dattuk Wan Ahmad berkata polis menemui gambar Sultan Ibrahim dan Raja Muda Tunku Ismail Idris yang didakwa dimuat naik ke Facebook oleh suspek kedua.


Tidak jelas apa dua lelaki dalam dua kes itu lakukan, tetapi Datuk Wan Ahmad memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan "kenyataan bercampur fitnah" di media sosial untuk memburuk-burukkan nama keluarga diraja.


Kedua-dua suspek menghadapi hukuman penjara tiga tahun setiap seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >