Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki ditangkap polis Indonesia disyaki rancang serang Bali

Aug 22, 2016 | 11:07 AM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat apakah seorang suspek militan yang ditangkap minggu lalu merancang satu serangan ke atas pulau peranginan Bali.



Polis menemui bom dan "bahan letupan berimpak tinggi" dalam satu serbuan di rumah suspek di Sumatera, menurut media.



Lelaki itu, yang polis belum mengenal pasti, ditangkap selepas dia disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Dia juga disyaki terlibat dalam pengeboman bunuh diri di sebuah balai polis di bandar Solo bulan lalu. Hanya pengebom serangan itu terbunuh, sementara seorang pegawai polis cedera.



Encik Edy Hartono, ketua unit antipengganasan polis, berkata polis sedang menyiasat rancangan suspek itu untuk menyerang Bali.



"Ia masih hanya satu rancangan," katanya, tetapi enggan mengulas lanjut.



Tangkapan lelaki itu di Lampung antara beberapa tangkapan berkaitan pengganasan di beberapa bandar di Indonesia minggu lalu sedang pihak berkuasa memperhebat tindakan keras keselamatan.



Indonesia mengalami serangan berkaitan ISIS pertama pada Januari apabila empat militan melancarkan serangan senjata dan bom di sebuah daerah komersial sibuk di Jakarta.



Lapan orang terbunuh, termasuk pengganas terlibat. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >