Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dituduh bakar masjid tempat penyerang kelab gay Orlando solat

Sep 15, 2016 | 03:12 PM



FLORIDA: Seorang lelaki Florida, yang menurut penyiasat memuat naik bahan anti-Islam di laman sosial, ditangkap pada Rabu (14 Sep) atas tuduhan membakar sebuah masjid yang dihadiri lelaki bersenjata yang melakukan tembakan paling dahsyat dalam sejarah Amerika moden Jun lalu.



Polis berkata kes itu didakwa sebagai jenayah kebencian di bawah undang-undang Florida, dan suspek, Joseph Michael Schreiber, 32 tahun, menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun jika didapati bersalah melakukan serangan membakar pada isnin (12 Sep), menurut Pejabat Sheriff Daerah St. Lucie.



Kes itu berpunca daripada api yang merosakkan dengan teruk Pusat Islam Fort Pierce, masjid lelaki bersenjata Omar Mateen menunaikan solat sebelum menembak mati 49 orang dan mencederakan 53 yang lain di sebuah kelab malam gay di Orlando, kira-kira 160km dari bandar Fort Pierce.



Mateen mati dibunuh pegawai penguatkuasa undang-undang semasa insiden tersebut.



Api meletus di masjid itu pada kira-kira 12.30 tengah malam pada Hari Raya Aidiladha pada Isnin, dan pihak berkuasa segera berkata ia akibat perbuatan nakal.



Tiada sesiapa berada di dalam bangunan itu ketika kejadian.



Pejabat Sheriff memberitahu pemberita rakaman pengawasan video menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal ke bangunan itu, turun dari kenderaannya dan menghampiri masjid tersebut dengan membawa sebotol cecair dan kertas sejurus sebelum api meletus.



Dalam satu sidang media pada Rabu, Sheriff Major David Thompson berkata maklumat daripada orang ramai membawa penyiasat kepada Schreiber dan rumahnya di berdekatan Port St. Lucie, tempat bukti tambahan mengaitkannya dengan jenayah tersebut.



Pemeriksaan ke atas akaun media sosial Schreiber juga menemui "beberapa catatan dan ulasan anti-Islam", katanya.



Schreiber dikenakan tuduhan membakar, dan statusnya sebagai bekas banduan bentan membuat dia boleh dihukum penjara mandatori minimum 30 tahun jika sabit kesalahan, kata pihak berkuasa.



Dia juga boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup sebagai penjenayah tegar.



Pusat Islam Fort Pierce melaporkan beberapa ancaman keganasan dan ugutan setelah ia dikenal pasti kepada umum sebagai tempat Mateen menunaikan solat. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >