Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki India yang 'hidup balik' sebelum bedah siasat meninggal jua

Oct 15, 2015 | 08:24 AM



MUMBAI: Seorang lelaki India yang mengejutkan kakitangan hospital apabila beliau bangun di atas meja autopsi sejurus sebelum dibedah siasat, telah meninggal dunia, menurut pihak berkuasa pada Rabu (14 Okt).


Pada Ahad lalu, seorang doktor hospital di Mumbai tersilap mengesahkan lelaki gelandangan bernama Prakash itu telah meninggal dunia, selepas polis mendapati beliau tidak sedarkan diri dan mengalami pelbagai jangkitan.


Sejurus sebelum bedah siasat dimulakan, kakitangan hospital terkejut dan ketakutan apabila Prakash mula bernafas. Mereka kemudian mengejarkannya ke unit rawatan rapi.


Polis dan doktor menyalahkan satu sama lain kerana kesilapan diagnosis itu, tetapi bersetuju pada Rabu bahawa Prakash telah meninggal dunia akibat jangkitan pada lewat Selasa.


Ini disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Ashok Dudhe.


Seorang doktor kanan di Hospital Perbandaran Lokmanya Tilak di Mumbai berkata punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >