Lelaki Jepun tikam mati anak kerana tidak belajar

TOKYO: Seorang bapa di Jepun menikam mati anak lelakinya yang berusia 12 tahun, selepas mengadu kanak-kanak itu tidak belajar bagi sebuah peperiksaan kemasukan sekolah, lapor media pada Selasa (23 Ogos).

Kengo Satake, 48 tahun, memberitahu polis dia "bertekak dengan anaknya keana tidak belajar" sebelum pemeriksaan memasuki sebuah sekolah rendah tinggi swasta, lapor penyiar awam NHK.

Anaknya, Ryota, dikejarkan ke ke hospital selepas ditikam pada Ahad tetapi meninggal dunia akibat kehilangan darah, kata polis wilayah Aichi di tengah bandar Nagoya.

"Si bapa menikam anaknya di dada dengan pisau dapur," ujar seorang jurucakap polis yang enggan memberi butiran motif.

Dia ditahan selepas polis menerima panggilan daripada kakitangan hospital, katanya.

Satake dilaporkan memberitahu polis dia menikam anaknya "dengan tidak sengaja".

Kanak-kanak itu berharap dapat memasuki salah sebuah sekolah swasta terkemuka di Aichi dan bapanya kerap memarahinya mengenai pembelajarannya, lapor NHK, yang memetik orang yang kenal keluarga itu.

Ibu kanak-kanak itu sedang bekerja ketika kejadian. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.