Lelaki Korea U yang Malaysia usir pulang 'mungkin pedagang senjata'

KUALA LUMPUR: Ri Jong Chol, lelaki Korea Utara yang dihantar pulang pada 3 Mac kerana pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwanya dalam kes pembunuhan Encik Kim Jong Nam, mungkin seorang pedagang senjata bagi pemerintahnya.

Menurut laporan satu oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seorang lelaki dengan nama dan umur yang sama, 47 tahun, pergi ke beberapa negara, termasuk Malaysia, sejak 2012 sebagai pekerja Korea Mining Development Trading Corp (Komid), iaitu pedagang senjata utama Pyongyang.

Encik Ri disenaraikan sebagai salah seorang ketua pejabat Komid di luar negara.

Polis Malaysia tidak respons apabila diminta akhbar The Straits Times mengesahkan apakah Ri Jong Chol itu sebenarnya satu orang yang sama.

Lelaki Korea Utara yang polis Malaysia tahan reman selama dua minggu berada di Malaysia sejak 2013, kata penaja permit kerjanya, Encik Chong Ah Kow, pemilik Tombo Enterprise.

Encik Chong berkata beliau memohon visa kerja untuk memudahkan perjanjian perniagaan yang berpotensi, tetapi Encik Ri tidak digajikan syarikatnya.

Polis berkata Encik Ri berada di Malaysia sebagai pekerja teknologi maklumat di bawah sebuah firma produk jagaan kesihatan.

"Saya melayan dia sebagai seorang ahli perniagaan," kata Encik Chong, sambil menambah Encik Ri memasukkan wang ke dalam akaunnya sendiri setiap bulan.

Encik Chong berkata beliau bertemu Encik Ri hanya lima kali sejak 2013, untuk membincangkan beberapa perjanjian perniagaan yang kemudiannya tidak menjadi kenyataan.

Menurut akhbar The Star, Encik Ri lulus bidang sains perubatan di sebuah universiti Korea Utara pada 2000, dan menjalankan kajian di India pada 2010-11.

PBB berkata beliau pergi melawat Iran, Namibia, Uganda, China dan Emiriah Arab Bersatu.

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,327.830 +17.030