CHARLOTTE (Carolina Utara): Gabenor Carolina Utara mengisytiharkan darurat berikutan rusuhan malam kedua yang dicetuskan insiden polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam.
"Saya mengisytiharkan darurat dan memulakan usaha mengerahkan Pengawal Kebangsaan dan Peronda Lebuh Raya membantu anggota penguat kuasa di Charlotte," kata Gabenor Pat McCrory melalui Twitter.