CHARLOTTE (Carolina Utara): Penunjuk perasaan membanjiri jalan raya Charlotte buat tiga malam berturut-turut dengan tidak mengendahkan perintah berkurung tengah malam yang dikenakan di bandar Amerika Syarikat itu awal pagi semalam waktu tempatan.
Ini meskipun terdapat kawalan keselamatan ketat yang bertujuan mengelakkan lebih banyak pertempuran menyusuli kejadian seorang anggota polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam di bandar itu Selasa lalu.