Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki lontar bom petrol pada kereta teman lelaki isterinya

Dec 22, 2015 | 02:18 PM



PETALING JAYA: Kemarahan seorang lelaki mendorongnya untuk melontarkan bom petrol pada kereta teman lelaki isterinya menyebabkan kebakaran kereta tersebut terbakar.


Kejadian itu mencetuskan kekecohan dalam talian yang menyangka ia kes letupan bom.


Pihak polis telah menahan suspek yang berusia lewat 20-an tahun semalam.


Pada hari kejadian, suspek yang sedang melalui proses penceraian, muncul di tempat letak kereta berhampiran di mana teman lelaki isterinya berkerja.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Encik Mohd Zani Che Din berkata teman lelaki berusia 20 tahun itu sedang berjalan ke arah keretanya apabila suami wanita itu, yang sedang menunggang motosikal, mendekatinya pada sekitar 1.30 petang.


"Teman lelaki wanita itu menyedari lelaki tersebut akan membuang botol pada kereta yang sedang terbuka pintunya. Pada masa itu, wanita tersebut sedang berada di dalam kereta. Beliau sempat meloncat keluar sebelum kereta itu mula terbakar," kata ACP Zani.


Tiga letupan kedengaran sebelum suami wanita itu melarikan diri dari tempat kejadian, meninggalkan selipar dan topi keledar beliau.


Untuk menghentikan spekulasi dan khabar angin bahawa bom telah meletup, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menghantar tweet untuk menjelaskan ia bukan letupan bom.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasan dari seorang saksi.


"Kami telah mengambil kira-kira setengah jam untuk memadamkan api. Empat buah kereta pula mengalami kerosakan teruk, manakala dua lagi terbakar 20 peratus," katanya. -THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >