Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Malaysia ditikam mati oleh isteri kerana cemburu

Oct 15, 2017 | 05:55 PM



MUAR - Polis Malaysia menahan seorang wanita wanita berusia 17 tahun kerana didakwa menikam suaminya hingga mati akibat cemburu pada Sabtu (14 Oktober) apabila suaminya dua hari tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Muar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Zaharudin Rasip berkata,  Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28 tahun, meninggal dunia dalam kejadian pada  2 petang selepas dia dikatkaan ditikam isterinya ekoran salah faham.

Apabila polis tiba, mangsa terbujur di ruang tamu dengan suspek juga berada di situ.

Polis menahan suspek dan merampas pisau, kata beliau dalam sidang media pada Ahad.

Menurutnya, rumah yang diduduki pasangan itu adalah milik majikan mangsa, yang telah menjadikan tempat itu sebagai setor  dan rumah persinggahan untuk pekerja.

ACP Zaharudin berkata, mangsa bekerja sebagai pembantu kedai di gerai ayam, sementara  isterinya tidak bekerja tetapi sering membantu di gerai.

Pasangan itu berkahwin sekitar lima bulan lalu.

Wanita itu ditahan selama enam hari dan menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan membunuh.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >