Lelaki Malaysia maut terbelit ketika cuba perangkap ular sawa

KUALA LANGAT - Seorang lelaki pulang mengambil peralatan untuk menangkap seekor ular sawa  sepanjang 3.5 meter yang dilihatnya tetapi beliau yang akhirnya mati dibunuh ular itu.

Zaim Khalis Kosnan, 35 tahun, dari Kampung Jenjarom ternampak ular itu dalam perjalanan pulang kira-kira 3 pagi Ahad (28 Jan).

"Mangsa memberitahu kakaknya tentang niatnya ketika tiba di rumah untuk mengambil peralatan  itu.

"Beliau kemudian beredar membawa sepasang sarung tangan dan sabit menaiki motosikalnya untuk menangkap ular itu," kata pegawai bertanggungjawab Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Azizan Tukiman, ketika dihubungi.

Supt Azizan berkata siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari motosikalnya di tepi jalan di kampung itu selepas ular itu mula melilitnya.

"Beberapa pejalan lalu yang menjumpainya bergelut di tanah cuba menyelamatkannya tetapi dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Bagaimanapun, mereka berjaya membunuh ular itu untuk membebaskan mayat mangsa," katanya.

Apabila dihubungi, abang ipar mangsa, Mohd Noor Radiman, 54 tahun, berkata Zaim Khalis seorang pendiam dan sering menyendiri.

"Saya percaya dia sedang memegang kepala ular itu semasa mengangkutnya dengan  motosikal apabila ular itu membelitnya.

"Kami sedih dengan berita tragedi ini," katanya.

Supt Azizan menyatakan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK)

 

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.