Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki 'mati' di India hidup semula

Oct 13, 2015 | 03:32 PM



MUMBAI: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai, membuat kakitangan rumah mayat terkejut apabila beliau bangun beberapa minit sebelum dibedah siasat.


Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada Ahad (11 Oktober) oleh doktor kanan dan dihantar segera ke bilik mayat, bertentangan dengan peraturan hospital.


Pesakit yang disahkan meninggal dunia seharusnya dibiarkan di wad selama dua jam kalau-kalau kesilapan telah dibuat.


Lelaki gelandangan bernama Prakash itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas, menurut satu laporan BBC.


Prasad mengalami gangguan metabolik dan meracau serta terdapat ulat pada muka dan telinganya apabila polis menahannya, menurut dekan Hospital Besar Bandaran Lokmanya Tilak, Dr Suleman Merchant, dalam satu sidang akhbar pada Isnin.


Beliau berkata doktor terlibat memeriksa nadi, pernafasan dan denyutan jantung lelaki itu.


Prakash kini dilaporkan dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi dan sedang dirawat bagi jangkitan telinga dan kekurangan zat.


Kes itu sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >