Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki mati ditembak 16 kali ala gengster di Kuala Lumpur

Jul 28, 2016 | 08:18 AM



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki, dikatakan pemberi pinjaman, terbunuh selepas ditembak 16 kali oleh dua lelaki pada Rabu (27 Jul) petang di Kuala Lumpur.



Ia berlaku ketika lelaki itu, 43 tahun, menghentikan keretanya di lampu isyarat berhampiran pusat beli-belah Setapak Central.



Pembunuhan itu yang terbaru dalam siri tembakan ala gengster di Malaysia oleh lelaki bermotosikal.



Polis berkata mereka telah membentuk satu pasukan petugas khas untuk menyiasat pembunuhan jalan mengejutkan itu



Awal bulan ini, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun ditembak mati dalam kenderaan pelbagai guna beliau (MPV) di Kuala Lumpur oleh penembak yang menunggang motosikal. Anak perempuannya berusia lapan tahun juga ditembak tetapi terselamat.



Pada 29 Jun, seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun terselamat selepas ditembak enam kali di dalam kereta beliau oleh individu menunggang motosikal di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban.



Di Sarawak, aktivis hak tanah Encik Bill Kayong, 43 tahun, ditembak mati pada 21 Jun ketika berada dalam keretanya di simpang lampu isyarat di Miri.



Semua kejadian itu berlaku pada siang hari dan lelaki terlibat menunggang motosikal.



Kejadian terbaru itu dirakam oleh kamera video. Empat lelaki yang menunggang dua motosikal menghampiri kereta lelaki itu dari belakang.



"Mereka datang apabila kereta mangsa berada di lampu isyarat. Seorang penembak pergi ke sebelah kiri dan seorang lagi sebelah kanan sebelum mereka melepaskan tembakan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Penolong Pesurujaya Kanan (SAC) Rusdi Mohd Isa, dalam satu sidang akhbar.



Beliau menambah bahawa penembak di sebelah kanan melepaskan kira-kira tiga hingga empat tembakan, manakala rakannya 12.



Kedua-dua penembak membonceng dua motosikal itu, yang beredar tidak lama kemudian.



Mangsa, yang dalam perjalanan untuk bertemu saudaranya, cedera di kepala dan kaki, antara lain. Identitinya belum didedah polis.



"Ahli keluarga mangsa telah mengesahkan identitinya," kata SAC Rusdi. Beliau berkata polis mempunyai "maklumat awal mengenai latar belakang beliau terlibat dalam geng", dengan rekod penangkapan pada 2014.



Polis telah menahan beberapa suspek dalam kes ibu dan anak perempuannya ditembak di dalam MPV mereka.



Minggu lalu, seorang ahli perniagaan yang telah meminjam RM13 juta ($ 4.3 juta) daripada wanita itu bagi tujuan perniagaan ditangkap. Polis berkata lelaki itu mengarahkan pembunuhan tersebut kerana dia tidak dapat membayar balik hutang itu.



Dia dituduh mengupah dua tukang bunuh dari Perak. Polis telah menangkap kedua-duanya dan merampas sepucuk pistol Glock 19.



Polis berkata sarung peluru yang ditemui di tempat kejadian sama dengan yang ditemui di tempat tiga lagi kes tembakan di Perak. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >