Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Melaka dalang rancangan serangan militan di Malaysia

Aug 15, 2016 | 08:18 AM



KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia berusia 26 tahun dikenal pasti polis sebagai dalang di sebalik beberapa militan di negara itu.



Dari pangkalannya di Syria, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi secara aktif menggunakan media sosial untuk menghubungi militan Malaysia bagi merancang serangan atau memujuk mereka menyertainya di Timur Tengah, kata sumber polis.



Polis berkata baru-baru ini beberapa orang yang ditangkap menggunakan aplikasi sembang Telegram.



Malaysia sedang berjuang melawan ancaman ekstremisme yang diketuai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dengan sekurang-kurangnya 240 orang ditangkap, 30 daripada mereka warga asing.



Polis telah mendapat 48 sabitan dan 77 yang lain telah didakwa. Seramai 59 orang dibebaskan selepas siasatan.



Wanndy dituduh pihak berkuasa mengarahkan sekumpulan lelaki supaya merancang serangan di sebuah kelab malam pada Jun.



Setelah mendapati sebuah kelab malam besar yang disasarkan ditutup pada 2 pagi pada 28 Jun, dua militan yang menaiki motosikal melemparkan bom tangan di sebuah kelab malam lebih kecil, Movida, di Puchong, Selangor, sebaliknya.



Lapan orang cedera dalam serangan tersebut. Ia serangan ISIS pertama yang berjaya di Malaysia, kata polis.



Pada akhir Julai, seorang pekerja kilang berusia 21 tahun dan seorang penganggur berusia 24 tahun mengaku bersalah membaling bom tangan ke dalam kelab Movida itu.



Wanndy, yang berasal dari Durian Tunggal di Melaka, melarikan diri ke Syria pada Januari bersama isterinya, juga 26 tahun. Laporan media sebelum ini menyatakan dia kini berpangkalan di Raqqa, ibu negara de facto ISIS.



Namanya timbul semula selepas polis menahan lebih sedozen suspek penyokong ISIS dalam beberapa serbuan sejak dua minggu lalu. Tiga daripada mereka menerima arahan daripadanya.



Dua daripada mereka, yang ditangkap ketika bersembunyi di dalam sebuah pondok di kawasan terpencil di Kuala Krai di Kelantan, merupakan sebahagian daripada kumpulan yang merancang serangan kelab malam itu, kata polis.



Kedua-dua mereka sedang menunggu arahan baru daripada Wanndy untuk menyerang pusat hiburan di Johor.



"Kami turut merampas bom tangan M67, yang mereka rancang gunakan," kata seorang pegawai.



Lelaki ketiga, yang ditangkap baru-baru ini, juga menerima arahan daripada pengganas berpangkalan di Syria, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada Sabtu (13 Ogos).



Lelaki itu sepatutnya menyerang ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan kompleks kerajaan di Putrajaya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >