Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki M'sia bunuh abang bakal isteri lepas keluarga tahu dia sudah beristeri

Oct 17, 2016 | 02:45 PM



KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 29 tahun di ambang perkahwinan apabila keluarga bakal isterinya mendapat tahu dia sudah berkahwin.



Apabila abang bakal isterinya bersemuka dengannya, dia mengeluarkan pisau dan menikam beliau hingga mati.



Bakal isterinya serta keluarga beliau dipercayai menyaksikan kejadian itu, yang berlaku di tempat letak kereta Jabatan Agama Negeri.



Mereka datang dari Kelantan untuk mengesahkan bakal pengantin lelaki itu bujang, sebagaimana yang diakuinya.



Namun, mereka terkejut apabila mengetahui dia sudah berkahwin - rekod jabatan itu menunjukkan dia berkahwin dengan seorang wanita berusia 24 tahun enam tahun lalu.



Lelaki itu dan mangsa, Encik Mohd Sukri Hussin, 34 tahun, mula bertekak di tempat letak kereta dan ia bertambah hangat hingga suspek didakwa mengeluarkan pisau dan membunuh bakal saudara iparnya itu.



Polis menemui mayat Encik Mohd Sukri, seorang pekerja Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, berlumuran darah dengan enam kesan tikaman pada leher dan dada.



Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Wan Abd Aziz Wan Hamzah, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, berkata polis sedang memburu lelaki itu, yang berasal dari Kampung Baloh Manir.



Menurutnya, senjata yang digunakan ialah pisau sepanjang 15 sentimeter.



"Kami juga menemui beberapa akhbar yang dipercayai digunakan untuk menyembunyikan pisau itu. Kami percaya suspek telah bersedua sebelum datang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Ahad (16 Okt).



ACP Wan Abd Aziz berkata suspek melarikan diri bersama seorang rakan dalam sebuah kereta dan mengugut seorang pengawal keselamatan dengan pisau itu selepas beliau menutup pintu tempat letak kereta.



Pengawal keselamatan berkenaan berkata pada mulanya beliau menyangka kekecohan itu disebabkan kecurian kereta atau penculikan.



"Saya bergegas menutup pintu pagar. Tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari kereta dan mengacukan pisau pada saya, memberitahu saya supaya berundur. Kemudian dia membuka pintu pagar," kata pengawal itu.



Polis menggesa orang ramai supaya berhenti berkongsi gambar pemilik lama kereta itu, seorang guru, di media sosial.



Beliau bukan suspek dalam kes tersebut sebab telah menjual kereta itu sebelum kejadian tersebut, kata ACP Wan Abd Aziz. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >