OTTAWA: Lelaki Perancis-Canada yang berhaluan kanan, Alexandre Bissonnette, semalam didakwa dengan enam tuduhan membunuh dan lima tuduhan cubaan membunuh berhubung kes tembakan rambang di masjid di Quebec City, Canada, Ahad lalu.
Serangan itu disifatkan Perdana Menteri Canada, Encik Justin Tredeau, sebagai keganasan terhadap umat Islam.