WASHINGTON: Seorang lelaki menikam dan mencederakan lapan orang di sebuah kawasan beli-belah Minnesota, Amerika Syarikat sebelum dia ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang tidak bertugas.
Dalam kejadian yang berlaku lewat kelmarin, suspek dilaporkan "bertanya sekurang-kurangnya seorang mangsa sama ada beliau seorang Muslim sebelum menyerang mereka," kata ketua polis di bandar St Cloud, Encik Bair Anderson, kepada pemberita.