KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan seorang lelaki Singapura berkaitan kes peguam mapan yang terpedaya membayar RM604,000 ($198,867) bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' yang tidak wujud.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek berusia 68 tahun itu telah ditangkap di sebuah restoran di Macap Baru, Melaka, Sabtu lalu.