Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki temui isteri, kekasih di ranjang, bunuh kedua-duanya

Oct 29, 2017 | 02:53 PM



DAGUPAN CITY:  Seorang petani  membunuh isterinya dan lelaki yang disyak menjadi kekasihnya,  sebelum membunuh dirinya di pekan Mangatarem di wilayah Pangasinan, Filipina, Jumaat lalu (27 Ok), menurut  polis.



Cik  Margie Doque dan kekasihnya, Encik Eduardo Sacopia, ditangkap di atas katil oleh suaminya,      Roberto Doque, di tingkat dua rumah ibu mentuanya di kampung Casilagan pada  7.58 malam, kata polis.



Penyiasat PO1 Jessie Macaraeg berkata Roberto   marah lalu  menetak  isterinya dan Encik Sacopia dengan bolo (alat pemotong besar  mirip  parang).



Roberto kemudian pulang ke rumah dan meminum  sebotol racun serangga. Dia dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia  semasa menjalani rawatan.



Encik Sacopia sudah maut  apabila penyiasat tiba di tempat kejadian.

Cik   Doque dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat   kecederaannya.



Penyiasat itu berkata pasangan tersebut  mempunyai dua anak  dewasa. Seorang daripada mereka sedang menonton pertandingan bola keranjang semasa   serangan itu, sementara yang seorang lagi    bekerja di Manila. – Philippine Daily Inquierer/Asia News Network)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >