Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan baru gegarkan Hua Hin dan Phuket serta Surat Thani di Thailand

Aug 12, 2016 | 12:00 PM



BANGKOK: Bandar peranginan tepi pantai Hua Hin di Thailand dilanda satu letupan baru pada Jumaat (12 Ogos) - beberapa jam selepas dua letupan membunuh empat orang dan mencederakan lebih 20 orang di situ pada Khamis malam.



Letupan juga berlaku di Trang pada Khamis dan Phuket serta Surat Thani pada Jumaat, kata pegawai.



Empat orang terbunuh - dua di Hua Hin, seorang di Surat Thani, dan seorang di Trang - dan beberapa yang lain cedera dalam semua letupan itu.



Ketua junta Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha, berkata pada Jumaat bahawa pengeboman itu ialah cubaan mencetuskan kekacauan dalam negara itu.



"Dua bom di menara jam membunuh seorang dan mencederakan tiga," kata ketua daerah Hua Hin, Encik Sutthipong Klai-Udom, merujuk kepada dua letupan terbaru di bandar itu pada pagi Jumaat, yang menyusuli dua pengeboman di sana pada Khamis malam.



Dua letupan awal itu membunuh seorang wanita. Ia berlaku selang 30 minit selepas 10 malam, berhampiran bar-bar di daerah yang rancak pada waktu malam.



Di Surat Thani, gabenor wilayah Wongsiri Promchana berkata bom yang diletak di bawah pasu bunga meletup di depan sebuah balai polis marin, membunuh seorang pekerja perbandaran dan mencederakan seorang lelaki lain.



"Saya fikir ia ada kaitan dengan letupan di Hua Hin," ujar Encik Wongsiri.



Di Phuket, dua letupan berlaku, kata para pegawai.



Letupan kecil perkara biasa di Thailand disebabkan ketegangan politik yang semakin meningkat, tetapi tidak banyak berlaku sepanjang setahun lalu dan destinasi pelancongan jarang dijadikan sasaran.



Hua Hin menempatkan istana musim panas keluarga diraja Thailand dan letupan itu berlaku pada malam hari jadi ke-84 Ratu Sirikit.



Ia juga berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun pertama pengeboman sebuah kuil Hindu Erawan di Bangkok pada 17 Ogos tahun lalu, yang mengorbankan 20 orang, termasuk seorang warga Singapura.



Pihak berkuasa sedang mencari petunjuk berhubung penyerang dan motif di sebalik letupan terabru itu.



Ketua Daerah Hua Hin Sutthipong berkata bom pada Khamis malam diletupkan oleh telefon bimbit.



Menurut kakitangan di hospital tempatan, warga Jerman, Italy, Belanda dan Austria antara yang cedera. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >