SANAA: Sekurang-kurangnya 26 orang awam, termasuk 16 pelajar sekolah perempuan, terbunuh apabila dua bom kereta meletup di bandar Radaa, di wilayah Al-Bayda, Yaman, semalam.
Letupan pertama berlaku semasa sebuah bas melalui sebatang jalan raya berhampiran pusat pemeriksaan yang dikendalikan pemberontak Houthi, mengakibatkan 16 orang terbunuh.