Letupan Bukit Bintang: 'Ah Hai' tampil beri keterangan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Hai' yang dicari polis berhubung kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Khamis lepas, tampil memberi keterangan kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata 'Ah Hai' hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 9 malam, lapor laman web Astro Awani.

"Kenyataannya (Ah Hai) telah direkodkan sehingga pukul 11.45 malam. Dia (Ah Hai) didapati tidak mengalami kecederaan," kata Khairi dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Terdahulu, Ah Hai yang dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster' dicari polis kerana dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.