BANGKOK - Seorang wanita Singapura terbunuh dalam letupan bom yang menggegarkan ibu kota Thailand malam kelmarin, menurut akhbar The Straits Times.
Satu kenyataan dari Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata beberapa warga Singapura cedera dalam kejadian itu.
Letupan bom di Kuil Erawan di kawasan sibuk di pusat bandar raya ini petang kelmarin telah mengorbankan 22 orang termasuk lapan warga asing dan mencederakan 123 yang lain, bertujuan merosakkan ekonomi negara itu, kata pegawai kerajaan Thailand.
Jurucakap polis Thailand, Encik Prawut Thavornsiri, berkata antara warga asing yang terkorban dalam serangan itu ialah China (tiga), Hong Kong (dua), Malaysia (dua) dan seorang warga Filipina.