Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan di Istiklal Avenue, Istanbul didalangi Parti Pekerja Kurdistan

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



ANKARA (Turkey): Serangan ganas di Istiklal Avenue, Istanbul, yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 80 lain cedera dipercayai didalangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK), dengan 46 orang telah diberkas - termasuk wanita yang dipercayai suspek utama pengeboman tersebut.



Letupan bom kira-kira 4.20 petang waktu tempatan (9.20 malam di sini) kelmarin menggegarkan kawasan beli-belah ibu kota Turkey.



Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu sidang media.



Beliau mengutuk serangan itu yang digelar 'serangan keji'.



"Mungkin salah jika kita mengatakan dengan pasti bahawa ini adalah keganasan namun tanda awal... terdapat faktor berbaur keganasan di sana," kata Encik Erdogan.



PKK dilabel pengganas oleh Turkey bagi mencapai kemerdekaan Kurdistan, tenggara negara itu.



Naib Presiden Turkey, Encik Fuat Oktay berkata: "Kami percaya bahawa ia adalah tindakan pengganas dilakukan oleh penyerang wanita yang meletupkan bom".



Menteri Kehakiman, Encik Bekir Bozdag berkata, seorang wanita dilihat duduk di salah satu bangku selama lebih 40 minit sebelum bergegas bangun.



"Satu atau dua minit kemudian letupan berlaku. Ada dua kemungkinan, sama ada terdapat mekanisme yang diletakkan di dalam beg dan ia meletup atau seseorang meletupkannya dari jauh (bom). Semua data membabitkan wanita ini kini dalam penelitian," tambahnya.



Sementara itu, pemimpin dunia mengecam tindakan pengganasan itu.



"(Pemerintah) dan rakyat Pakistan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkey atas kehilangan nyawa dan mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih," menurut ciapan Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif di Twitter.



Presiden Azerbaijan, Encik Ilham Aliyev dalam satu kenyataan berkata, Baku 'sangat terkesan' dengan berita itu, sambil menambah: "Saya mengucapkan takziah kepada anda, keluarga dan mereka yang kehilangan orang tersayang, serta berharap mereka yang cedera cepat pulih."



Perdana Menteri Sweden, Encik Ulf Kristersson, 'sangat terkejut dengan berita mengenai letupan di tengah-tengah Istanbul'.



"Ingatan kami bersama-sama mangsa, dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Kami bersama Turkey," menurut ciapannya di Twitter.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menulis dalam ciapannya di Twitter, beliau 'sangat hiba' dengan berita itu dan mengucapkan takziah kepada mangsa, dan mendoakan pemulihan kepada mereka yang cedera.



"Kesakitan rakyat Turkey adalah kesakitan buat kami," katanya.



Presiden Serbia, Encik Aleksandar Vucic, berkata kejadian itu bukan sahaja mengejutkan penduduk Istanbul, tetapi seluruh dunia.



Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Encik Jens Stoltenberg berkata: "Insiden yang mengejutkan dari Istanbul. Ucapan takziah kepada semua yang terjejas & kepada rakyat Turkey. Perpaduan #NATO dengan sekutu Turkey."



Kementerian luar Singapura, Malaysia, Pakistan, Jordan, Mesir, Arab Saudi, Jerman, India, Bosnia dan Herzegovina serta Greece, merupakan diantara negara yang mengutus kawat takziah.



Seorang saksi, Encik Cemal Denizci, 57 tahun, mendakwa berada dalam jarak kira-kira 50 meter ketika terdengar bunyi letupan yang teramat kuat itu.



"Asap tebal menyelubungi ruang udara sejurus letupan terbabit. Saya sempat melihat beberapa orang terbaring.



"Letupan terbabit membuatkan orang ramai panik dan lari bertempiaran.



"Ibu bapa segera mendapatkan anak masing-masing ketika berusaha menyelamatkan diri dan lari dari lokasi kejadian," katanya kepada agensi berita AFP.



Istiklal Street adalah lokasi tumpuan pengunjung, termasuk pelancong untuk membeli-belah.



Kawasan terbabit dilaporkan pernah menjadi sasaran siri serangan bom oleh pengganas pada 2015 dan 2016.



Serangan yang didakwa didalangi oleh kumpulan IS itu, dilaporkan membunuh hampir 500 mangsa dan mencederakan lebih 2,000 orang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >