Letupan gegarkan rumah Abhisit

BANGKOK: Satu letupan kuat menggegarkan kediaman seorang pemimpin pembangkang Thai malam tadi, kata polis hari ini.

Ini sedang para pembantah antikerajaan Thailand cuba untuk menggulingkan kerajaan sekarang terus berkhemah di pusat bandar Bangkok tanpa apa-apa penyelesaian terhadap kebuntuan politik di negara itu dalam masa terdekat ini, menurut laporan dalam talian akhbar The Nation.

Pihak polis dilaporkan telah mengenalpasti 'bom' berkenaan sebagai mercun besar, yang menyebabkan kerosakan pada kediaman pemimpin Parti Demokrat Thai, Encik Abhisit Vejjajiva.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang cedera kerana Encik Abhisit dan keluarganya tidak berada di rumah apabila kejadian itu berlaku, menurut The Nation.

Sementara itu, dalam satu insiden berasingan, dua orang cedera dalam satu kejadian tembakan pada salah satu perhimpunan pihak pembangkang di ibu kota Thailand, kata pihak berkuasa Thai pagi ini.

Seorang lelaki dan seorang wanita telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ringan akibat tembakan itu, sejurus selepas tengah malam tadi, di luar kawasan perkhemahan utama pembantah di ibu kota Thai itu, menurut pusat kecemasan bandar itu, Erawan, menurut agensi berita AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.