Letupan Jakarta: Suspek diburu, polis khuatir terdapat lebih banyak bom

JAKARTA: Satu buruan besar-besaran bagi mencari lelaki bersenjata sedang dijalankan di Jakarta, tempat beberapa letupan berlaku pada Khamis (14 Jan), menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang mati.

Sesetengah lelaki bersenjata itu dilaporkan bersembunyi di sebuah bangunan pawagam Jakarta.

Letupan kedengaran di luar kafe Starbucks di tingkat bawah pada 10.40 pagi waktu tempatan.

Letupan lain berlaku di sebuah pondok polis antara bangunan itu dan pusat beli-belah Sarinah yang sering dikunjungi warga asing.

Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Jeneral Anton Charliyan, berkata jumlah orang terlibat dalam serangan itu, yang menggunakan grenad dan senjata api, tidak diketahui.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhkan diri dari tempat itu, sambil berkata polis khuatiri terdapat lebih banyak bom.

Helikopter dilihat mengelilingi kawasan itu dan penembak tepat ditempatkan di atas bumbung beberapa bangunan.

Kenderaan pembawa pegawai berperisai juga dilihat di jalan-jalan.

Korban setakat ini termasuk tiga orang awam dan seorang pegawai polis, ujar polis.

Dua lagi pegawai polis cedera. Beberapa tubuh dilihat di jalan raya berhampiran pusat beli-belah tersebut.

Saksi berkata sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata terlibat dan mereka mendengar beberapa letupan. Media tempatan pula melaporkan bahawa enam bom meletup.

Sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran tempat kejadian telah disekat dan tidak ada orang dibenarkan masuk atau keluar, kata saksi.

Orang di beberapa bangunan lain di kawasan itu pula telah dipindahkan.

Polis Indonesia sebahagian besarnya berjaya sejak beberapa tahun lalu dalam memusnahkan sel militan domestik, tetapi para pegawai baru-baru ini menyatakan kebimbangan tentang kebangkitan pengganasan disebabkan oleh kumpulan seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan swarga Indonesia yang pulang selepas berjuang bersama militan di luar negara. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.