BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, menuntut agar hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan sebuah kilang di wilayah Jiangsu, timur China, yang membunuh seramai 69 orang dan mencederakan lebih 180 yang lain.
Encik Xi menghantar sebuah pasukan bagi menyelia usaha menyelamat dan menyiasat insiden tersebut yang berlaku di sebuah kilang membuat roda milik Kunshan Zhongrong Metal Products.