Letupan Tianjin: Korban meningkat kepada 44 orang

TIANJIN: Angka kematian akibat letupan besar di sebuah kawasan perindustrian di bandar pelabuhan Tianjin di China telah meningkat kepada 44, dengan lebih 500 mangsa dimasukkan ke hospital, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan hari ini.

Dua belas anggota bomba antara yang terbunuh, kata agensi itu, yang memetik pegawai penyelamat.

Seramai 66 daripada mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Usaha memadam api di tapak letupan itu telah digantung kerana kurang jelas tentang kandungan dan jumlah "barang-barang berbahaya" yang disimpan dalam gudang tempat letupan berlaku.

Pemerintah Daerah Baru Binhai mengumumkan penggantungan itu di Sina Weibo, sebuah laman rangkaian sosial ala Twitter di China. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.